Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
HOSPITAL PITAS
Sejarah perkhidmatan dan kesihatan di Daerah Pitas mengalami banyak perubahan dengan bermulanya pengwujudan Klinik Kesihatan Kg.Kalumpang yang pertama pada tahun 1983, yang pada ketika itu ditempatkan di sebuah bangunan, bekas pentadbiran parti "berjaya".
Klinik kesihatan ini kemudiannya dipindahkan ke pekan baru pitas pada tahun 1993 dan dinaik taraf sebagai pusat kesihatan kalumpang. Pada jun 2001, hospital pitas mula dibina dengan keluasan 10.5 hektar dan siap pada 30 jun 2005. Hospital pitas dapat menampung kehadiran pesakit yang terdiri daripada 5 buah klinik kesihatan dan 8 buah klinik desa yang berhampiran.
VISI
Hospital pitas akan menjadi hospital daerah yang terulung dalam memberi rawatan berkualiti dengan anggota yang terlatih, peralatan yang canggih serta kemudahan terkini yang mengutamakan kepuasan pelanggan.
MISi
Hospital pitas akan berusaha memberi perkhidmatan kepada individu, keluarga dan masyarakat berteraskan perkhidmatan perubatan yang berkualiti berdasarkan prinsip-prinsip budaya korporat.
WAKTU OPERASI
Isnin hingga Khamis - 7.00 pagi - 4.30 petang
Jumaat - 7.00 pagi - 11.30 pagi
- 2.00 petang - 4.30 petang
Sabtu dan Ahad - 9.00 pagi - 3.00 petang
Terdapat 23 senarai Polisi hospital pitas seperti berikut;-
- Polisi pengurusan
- Kejururawatan
- Kecemasan dan trauma
- Jabatan pesakit luar
- Pesakit dalam
- Dewan bersalin
- Kawalan infeksi
- Farmasi
- Patologi
- Fisioterapi
- Pemulihan carakerja
- Sajian
- Dewan bedah
- Bekalan bahan steril
- Kerja sosial perubatan
- Rekod perubatan
- Teknologi maklumat
- Radiologi
- Penyusuan susu ibu
- Ambulan dan kenderaan
- Forensik
- Keselamatan
- Hak pesakit