Ha’Dee Cakes House di asaskan oleh Puan Jaiha Manyayun sejak tahun 2014 di mana iya terpupuk sekadar daripada minat sahaja . Kini Beliau bergiat aktif untuk menerima tempahan kek dalam Majlis-majlis perkahwinan . Sebelum beliau bergiat aktif dalam penerimaan kek untuk sesuatu majlis beliau hanya menerima tempahan daripada orang terdekat sahaja , memandangkan suami beliau adalah seorang guru ini lebih memudahkan beliau menerima tempahan dari pada rakan guru di tempat suami nya berkerja . Beliau hanya memulakan perniagaan kek ini di rumah sahaja kerana memudahkan beliau berniaga di samping menguruskan anak-anak yang masih bersekolah . Jualan amat tinggi pada musim cuti persekolahan kerana pada musim cuti ramai penduduk sekitar Daerah Pitas yang mengadakan Majlis-majlis perkahwinan , kenduri kendara dan juga majlis hari jadi . Pendapatan beliau pada musim cuti selalunya mencecah ribuan ringgit berbanding pada hari-hari biasa . 

Ha’Dee Cakes House Menyediakan kek pelbagai perasa dan juga dalam pelbagai bentuk mengikut permintaan pembeli . 

 

 kek1   kek2