LAGENDA KAMPUNG KALUMPANG .
Kampung Kalumpang Dibuka sekitar tahun 20an oleh seorang yang bernama Pangeran Abdullah Bin Pangeran Mamak bersama-sama dengan beberapa orang yang lain. Penempatan ini sangat sesuai mengikut perkiraan mereka kerana terletak berhampiran atau di tebing sungai yang pada masa itu sungai merupakan jalan pengangkutan yang utama . Mengikut cerita En.Wahid Bin Abd Lamid seorang pesara kerajaan yang mendapat cerita asal usul nama kampung kalumpang ini dari arwah Datuk beliau iaitu menurut beliau pada masa mula-mula kampung kalumpang dibuka . Ditebing sungai kalumpang ada sepohon pokok "Kupang" yang sangat besar sehingga akar pokok ini menjalar mencecah air sungai . Akar-akar Pokok Kupang ini sangat besar . Menurut En.Abd Wahid lagi pada masa itu sumber pendapatan penduduk kampung bergantung kepada penangkapan udang galah . Penduduk kampung masa itu menggunakan sejenis alat menangkap udang dan ikan yang digelar "Kolom" ataupun bubu . Untuk dijadikan cerita pada suatu hari seorang penduduk kampung memasang kolom tadi di celah-celah akar pohon Kupang tadi . Dengan kuasa Tuhan apabila penduduk kampung tadi memlihat kolomnya beliau sangat terkejut dan gembira kerana mendapat hasil yang lumayan . Pada keesokkan hari sekali lagi penduduk kampung tadi memasang kolomnya di celah-celah akar pohon tadi dan apabila diangkat pada sebelah petangnya hasil tangkapan sama pada hari sebelumnya . Begitulah tiap-tiap hari hasil tangkapan tetap lumayan . Suatu hari penduduk kampung tadi telah mengajak teman memasang "kolom" penduduk kampung itu menjawab "Bekolom So Pu'un Kupang" {Memasang Kolom sana di Pokok Kupang} . Lama-kelamaan bertukar menjadi "Bokolom So Kupang" Dan akhirnya penduduk kampung ringkaskan lagi menjadi Kolompang iaitu mereka gabungkan perkataan Bokolom dan Kupang namun mereka buangkan perkataan "Bo" "ku" mereka terus gabungkan perkataan "Kolom" + "Pang" {Kolompang} yang pada hari ini menjadi "Kalumpang"
(Sumber Pejabat Daerah Pitas / JKKK Kg.Kalumpang)